Wednesday, August 17, 2011

:) (tangan di dada mata ke atas)


Sila baca entry ini dgn tangan di dada mata ke
atas

Segalanya bermula selepas Irsyad kencing pada pukul 3.00pm ni td...

Mummy ni baru je nk rehat setelah selesai membuat sup fishball bersama uwan...
Dengan lenggang kangkung ke depan melihat Iman sedang menemani daddy berperang di talian...wahh... Bahagianya tgk anak beranak ni bersenang2 sambil berperang...(tgn d dada mata ke atas)

Then meneruskan niat untuk solat zuhur..mummy selesai ambil wuduk, irsyad dgn bangga nya tunjuk kt mummy... "abg ada susu..."
Serta merta otak berkerja sambil hati bertanya "sapa pulak yg buatkan susu dia??"
"irsyad, sapa buat susu irsyad?" "kakak mia buat"
"owhh..pandai kakak mia buat"


Dengan perasaan curiga terus meninjau ke dapur...
"DAAAMMMIIIIAAAA...!!!!"
Hati sangat berbunga melihat keletah Damia yg pandai buatkan susu adik2 ni... (TDDMA)
Pandainya sampai susu 1 tupperware berserak d lantai...susu yang baru beli semalam...
"kenapa damia buat mcm ni?" "kenapa tak ckp dgn mummy nk susu?" "kenapa memandai buat susu sendri?" "tgk ni susu dh tumpah" "air dh meleleh-leleh.."

Seperti biasa lembu punya susu, sapi yg dapat nama... "Faiq yang suh damia buat..." jawab mia...

Ok la mia... Mummy ni mmg dr td duduk je x buat pape pun kan (TDDMA) mummy mmg suka sapu lantai, mop lantai ni... Suka sangat2... Susu ni pun mmg beli smlm utk d habiskan hari ni...
So mia x yah nak nangis2 konon2 rasa bersalah kt situ... Mummy suka sgt2... (membebel sambil menyapu dan mop lantai...)

Best kan duk umah jd suri rumah ni...ada je benda yg ala2 emergency ni...so graf stress tu pun turun naik..best sgt...

Untuk tragedi ni ketiga2 orang kanak2 riang ni kena marah dan ketiduran...BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment