Saturday, March 31, 2012

Kenapa aku tak update blog ni?

Assalamualaikum...

Surprise ke? Terkejut? Tak terkata? Tetiba blog yang ingatkan dah arwah ni hidup balik?
Hihihi.... Tak tau nak explain macam mana betapa sibuk nye sehinggakan nak update blog pun tak sempat...

Pas tu mesti ada yang berkata kata dalam hati tu kan... Eleh macam la busy sangat, ko tu menteri apa sampaikan busy sesangat tu... Duk umah jer pun... Haa...cukup cukup la berkata dalam hati tu... Kehkehkeh.... Memang ku akui kemalasan sesangat untuk menghupdate...

Cerita tentang kemalasan ni mari lah kita huraikan sebab musabab kenapa aku malas nak update entry di sini

  1. Laptop tak ada! - muda bawak laptop naik kapal untuk main game bila off duty untuk menghilangkan kebosanan dia
  2. Laptop tak ada tapi iphone kan ada! - part ni kena berebut dengan prince n princess bila dua budak kecik ni pantang tengok ifon berada di tangan aku.
  3. Tablet kan ada! - pernah ada tablet...tapi tak suka sebab selalu problem!
  4. If Muda cuti, laptop kan ada! - tak suka bila masa semangat nk update entry baru, prince akan datang ajak main game online dengan dia. Sebagai ibu yang best untuk prince, terpaksa la layan prince main game!
  5. Update la masa prince and princess tido! - bila prince and princess tdo, queen selalunya akan tertido jugak ataupun sibuk menyiapkan house chores yang memang tak pernah abis...
  6. Arghhh...memang malas pun nak update! Layan prince and princess ni lagi best!
Hahaha....itu la antara alasan yang boleh dihuraikan di sini buat masa ini.... Tapi biasa laa.. Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak 1001 alasan ko bleh bagi kan?

So conclusion nya di sini, kenapa aku tak update blog ni adalah kerana aku tak nak update...!

Terima kasih jugak kerana sudi membaca...